![]() |
| Combo A @ RM48.90 |
Kebelakangan ini, iklan Big Boss HSP kerap muncul di media sosial isteri saya. Disebabkan terlalu kerap lalu di paparan, dia pun mula ajak saya cuba sendiri. Saya pun tak keberatan sebab jenis makanan macam ni memang mengimbau kenangan zaman bujang dulu. Sewaktu saya kerap ke Eropah. Ia antara pilihan Halal utama saya di sana.
Jadi, tak hairanlah kalau kami datang dengan harapan yang agak tinggi. Tapi sayangnya, pengalaman kali ini tak setanding dengan hype yang dibina.
Set kombo untuk dua orang agak mahal dan walaupun portion daging memang banyak, rasanya agak hambar. Ia kurang rasa dan kepekatan seperti yang biasa saya nikmati di luar negara. Kalau anda pernah makan hidangan sebegini di Eropah, besar kemungkinan anda pun akan rasa perbezaannya dan bukan dalam cara yang positif.
![]() |
| Menu Big Boss HSP @ TTDI |
Shawarma pun sama, sekadar biasa-biasa. Tak sedap, tapi tak ada apa yang boleh dibanggakan juga. Satu lagi isu, tempat letak kereta di sini memang susah nak dapat. Agak menyusahkan dan sedikit sebanyak menjejaskan mood kunjungan kami.
Jadi, adakah saya akan cadangkan Big Boss HSP? Kalau anda mengharapkan rasa dan kualiti seperti di luar negara, mungkin lebih baik rendahkan sikit harapan. Tapi untuk yang baru nak cuba, boleh saja beri peluang. Mungkin citarasa anda berbeza.
Lain orang, lain selera. Dan itu yang menjadikan pengalaman mencuba makanan baru lebih menarik. Seperti biasa, ulasan ini berdasarkan perspektif dan pengalaman peribadi saya.
Alamat:
21 - G, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

